Tip Memilih Fesyen Kardigan
1-Jika kamu mengenakan blaus atau top yang agak ketat, sebaiknya kamu mengenakan kardigan yang besar dan labuh.
2-Jika blaus atau top yang dipakai pada bahagian dalam besar, longgar dan labuh, kardigan separas pinggang cukup menyerlahkan gayamu.
3-Kardigan bercorak seperti flora atau zigzag sesuai dipadankan dengan top atau blaus polos. Manakala jika bahagian dalam pakaian bercorak, padankan dengan kardigan polos.
4-Pilih warna kardigan yang lembut seperti warna pastel.
5-Namun, warna-warna klasik seperti hitam, coklat dan putih ialah warna wajib ada kerana ia sesuai digayakan dengan apa jua warna penampilanmu.
6-Beri suntikan gaya retro dengan kombinasi bersama pemakaian skirt labuh potongan A-Line.
No comments:
Post a Comment